Carian
MicroTheme Dilancarkan Secara Rasminya
April 21, 2011 Aman

Ingatkah lagi pembangunan projek tema Tumblr daripada dua anak muda tempatan? Nampaknya kini seperti halaman MicroTheme telah pun dilancarkan, dan buat masa ini ianya menawarkan tema Prominent kepada para pengguna Tumblr secara percuma.


Halaman Utama Microtheme

Halaman utama mereka juga mengikut nama laman mereka, kelihatan begitu mikro sendiri, serta memudahkan para pengguna menggunakannya. Buat masa ini, jangka masa tema seterusnya akan diperkenalkan masih lagi tidak diketahui, dan ianya tidak diketahui bilakah mereka akan mula memperkenalkan tema berbayar mereka.

MicroTheme merupakan salah satu projek tema tempatan yang dibangunkan oleh Syazwan dan Wafiq, dimana mereka lebih menjurus kepada penyediaan tema untuk platform Tumblr dan juga Posterous. Para pengguna boleh mengikuti halaman Twitter @MicroTheme untuk mengetahui pelbagai perkembangan lanjut denan mudah dan pantas.

Komen