Cari @ Amanz

Pengguna FourSquare Malaysia Melangkaui Angka 136,000

Oleh Aman

Link Copied!

Asia Tenggara merupakan salah satu kawasan dimana FourSquare amat popular sekali, dan mempunyai paling ramai pengguna dengan pelbagai tujuan. Ianya turut sama diperkatakan yang mana FourSquare lebih popular di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina berbanding Amerika Syarikat itu sendiri.

Melalui angka para bulan April 2011, ianya memperlihatkan yang mana pengguna FourSquare di Malaysia berjumlah seramai 136,000 orang, menduduki tangga ketiga di rantau Asia Tenggara, dimana Indonesia mempunyai pengguna paling ramai dengan lebih 312,000 orang dan Thailand seramai 152,000 orang.

Di Malaysia, ianya diperkatakan yang mana para pengguna lebih gemar menggunakannya sebagai salah satu aplikasi untuk berkongsi panduan berkenaan tempat makan dan juga restoran. Pengguna FourSquare Malaysia lebih 65.7 kali menggunakannya untuk mencari tempat makan dan restoran berbanding yang lain. Berkemungkinan besar, info-info tempat makan, beserta gambar-gambar yang dikongsikan amat berguna untuk yang lain buat rujukan.

FourSquare telah dilancarkan sekitar bulan Mac 2009, dimana ianya telah menjadi salah satu rangkaian sosial berasaskan lokasi yang paling popular. Baru-baru ini, pada 16 April, FourSquare Day Kuala Lumpur telah disambut bersama-sama dengan pengguna FourSquare yang lain, memperlihatkan penggunanya yang amat aktif sekali bukan sahaja di dunia maya, malah didunia nyata sekali.


Komen ()