RockMelt Untuk iPhone Dilancarkan Secara Rasminya

RockMelt Untuk iPhone Dilancarkan Secara Rasminya

Diterbitkan pada Apr 21, 2011 oleh .

Seperti mana yang diperkatakan semalam, RockMelt telah pun melancarkan aplikasi iPhone untuk pelayar web sosial mereka, dimana para pengguna iPhone boleh memuat-turunnya secara percuma terus daripada kedai aplikasi bermula hari ini.

Menariknya pada aplikasi RockMelt untuk iPhone adalah dimana ianya membawakan pelbagai fungsi sosial yang terdapat pada pelayar web versi desktop mereka terus ke peranti iPhone anda, dimana anda boleh mengikuti pelbagai perkembangan rakan-rakan anda di Facebook, ikuti kemaskini Twitter, serta membaca RSS dan melayari laman web, semuanya melalui hanya satu aplikasi sahaja.

Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh sync akan aplikasi iPhone ini dengan versi desktop anda dengan mudah, dan ikuti semuanya dengan senang dan pantas. Para pengguna iPhone boleh memuat-turunnya secara percuma melalui iTunes. Versi Android dan sistem operasi lain dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN