Penggunaan Purata Pengguna P1 Mencecah 12GB Sebulan

Penggunaan Purata Pengguna P1 Mencecah 12GB Sebulan

Diterbitkan pada Apr 21, 2011 oleh .

Dengan sambungan internet yang makin lama makin pantas, penggunaan jalur-lebar oleh para pengguna juga semakin meningkat naik dari hari-ke-hari. Terkini, P1 yang sebelum ini memperkatakan purata penggunaan setiap pengguna adalah sekitar 10GB, kini mengeluarkan data baru memperkatakannya telah meningkat menjadi 12GB sebulan.

Melalui 12GB itu, ianya diperkatakan yang mana seumpama memuat-turun 3000 buah lagu, ataupun lebih 12 filem berkualiti tinggi. P1 juga sebelum ini telah memperkatakan yang mana mereka bakal mulakan ujian rangkaian LTE-TDD pada penghujung tahun ini, sebelum memperkenalkannya pada penghujung tahun hadapan kelak.

P1 mempunyai lebih daripada 280,000 pengguna pada bulan Januari yang lepas, dan bercadang untuk terus memperluaskan perkhidmatan mereka sepanjang tahun ini untuk mencapai kadar tembusan sehingga 53%.


TIPS & ULASAN