We Love Japan – Derma Melalui Bidaan

We Love Japan – Derma Melalui Bidaan

Diterbitkan pada Apr 21, 2011 oleh .

Kini Aegis Media bersama-sama dengan pembangun ILoveDiscounts telah pun memperkenalkan salah satu portal baru, iaitu We Love Japan. Melaluinya, ianya membolehkan para pengguna membantu mereka yang memerlukan dengan konsep membida barangan kegemaran mereka.


Halaman Web WeLoveJapan

Melalui laman We Love Japan itu, pelbagai barangan diperlihatkan yang mana boleh dibida oleh para pengguna tempatan, dan menariknya disamping anda akan mendapat barangan tersebut sekiranya berjaya, wang yang dikumpulkan juga akan terus disalurkan kepada dana bantuan Jepun.

Selain daripada itu, para pengguna juga boleh menderma terus secara terus melalui halaman We Love Japan dan ianya akan disalurkan terus ke badan yang berkenaan. Walaupun ianya seperti sedikit lambat, projek ini turut sama mendapat sokongan ramai pihak, termasuk Says.my. Segala bidaan akan bermula esok.


TIPS & ULASAN