Carian
Firefox 5 Beta Bakal Dilancarkan Pada 17 Mei
April 21, 2011 Aman

Dengan pembangunan pelayar web Firefox yang dipercepatkan, kini ianya dijangka yang mana Firefox 5 Beta kelak akan dilancarkan pada 17 Mei 2011, sebelum versi akhirnya dilancarkan pada 21 Jun. Buat masa ini, Firefox 5 Aurora sedia diuji oleh semua pengguna yang berminat.

Melalui Firefox 5, Mozilla bakal membawakan pelbagai perkara baru pada pelayar web sumber terbuka yang diminati ramai ini. Antara fungsi yang dijangka akan diperkenalkan bersama-sama pelayar web Firefox 5 adalah termasuk pengurus akaun, serta integrasi dengan aplikasi desktop, serta beberapa perkara yang lain.


Sokongan Integrasi Aplikasi Desktop Pada Firefox 5

Firefox 5
Pengurus Akaun Pada Firefox 5 Kelak

Buat masa ini, fungsi-fungsi baru tidak lagi diumumkan secara rasminya oleh pihak Mozilla, dimana mereka kini lebih menumpukan perhatian pada isu-isu berkaitan sekuriti, disamping menjadikan pelayar web mereka lebih stabil lagi.

Komen