Carian
DiGi Memperkenalkan Anugerah Internet – WWWOW
April 21, 2011 Aman

Nampaknya tahun ini dunia internet akan benar-benar meriah sekali, dimana hari ini DiGi memperkenalkan Anugerah Internet mereka tersendiri dikenali sebagai WWWOW Awards, yang mana membawakan pelbagai kategori menarik, dan menggunakan konsep undian menggunakan akaun Facebook.


Halaman Utama WWWOW-DiGi

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan, termasuk Kempen Internet Terbaik, Anugerah Internet Terbaik, Blogger Terbaik, Selebriti Online Wanita Popular, Selebriti Online Lelaki Terbaik, Pengguna Lebih 40 Yang Paling Popular, Pengguna Bawah 15 Tahun Paling Popular, Geek Paling Popular, Personaliti Wajib Ikut, Kedai Atas Talian Terbaik, Kisah Atas Talian Terbaik, Gambar Tahunan Terbaik, Kay Poh Terbaik, Lawak Paling Popular, Pakar Makanan, dan juga Video Paling Menarik Sepanjang Tahun.

Para pengguna boleh mencalonkan sesiapa sahaja, selain undi laman-laman dan pengguna yang anda minati melaluinya. Anda juga boleh mengundi kami untuk kategori “Fave Tech Head” untuk anugerah WWWOW.

Komen