Carian
Astro Byond IPTV Mungkin Diperkenalkan Bersama ISP Lain?
April 21, 2011 Aman

Setelah melancarkan Astro Byond IPTV bersama-sama TIMEdotcom semalam, kini Astro turut sama membuka peluang kepada para penyedia ISP yang lain untuk bekerjasama bersama-sama dengan Astro dalam memperkenalkan perkhidmatan mereka.

Namun begitu, ianya diperkatakan yang mana Astro inginkan rakan kerjasama mereka berupaya menyediakan talian internet berkelajuan-tinggi untuk menyokong Byond IPTV, disamping menyediakan perkhidmatan internet. Astro hanya menyatakan yang mana mereka terbuka untuk berbincang, dan tidak mengumumkan samaada adakah mereka akan memperkenalkannya bersama-sama TM UniFi ataupun Maxis Home.

Astro bersama-sama TIMEdotcom telah melancarkan perkhidmatan Astro Byond IPTV yang mana didatangkan dengan pakej serendah 3Mbps pada harga RM128, sehinggalah pakej 24Mbps pada harga RM298.

Komen