Peranti ChromeOS Bakal Dilancar Seawal Jun Atau Julai?

Peranti ChromeOS Bakal Dilancar Seawal Jun Atau Julai?

Diterbitkan pada Apr 21, 2011 oleh .

Dengan Chrome OS yang diperkatakan telah mencapai fasa stabil, Google dijangka akan mengumumkannya pada Google I/O yang bakal diadakan pada bulan hadapan, dan menariknya, kini diperkatakan yang mana peranti dengan Chrome OS dijangka akan mula dijual sekitar bulan Jun ataupun Julai.

Walaupun akhir-akhir ini beberapa petanda memperlihatkan Chrome turut dibangunkan untuk mesra skrin-sentuh, peranti awal Chrome OS kelak dijangka akan hadir dalam bentuk laptop, notebook dan juga netbook. Selain daripada itu, Google juga diperkatakan akan menjual peranti tersebut menggunakan model langganan untuk perkhidmatan GMail ataupun pengguna Google Apps.

Menurut ura-ura awal yang kedengaran, ianya diperkatakan yang mana Google akan menjual notebook Chrome OS itu pada kadar antara $10 hingga $20 untuk sebulan, dimana melaluinya, mereka akan menyediakan langganan untuk perkhidmatan atas talian Google, dan juga mendapat notebook tersebut.

Namun begitu, ianya tidak lagi dapat disahkan sepenuhnya, dan tidak lagi diketahui samaada bilakah ianya akan tiba di Malaysia. Ianya turut diperkatakan yang mana Acer turut sedang membangunkan peranti Chrome OS mereka, dan bakal memperkenalkannya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN