iPad 2 Di Malaysia Pada 29 April Ini?

iPad 2 Di Malaysia Pada 29 April Ini?

Diterbitkan pada Apr 22, 2011 oleh .

Nampaknya kini ianya diperkatakan yang mana iPad 2 akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, berkemungkinan besar pada 29 April kelak. Walaupun ianya tidak disahkan buat masa ini, beberapa ura-ura memperkatakannya, dan ditambah kuat lagi dengan Machines, salah satu pengedar rasmi Apple mula mengambil pekerja tambahan untuk 2 hari, 29 April dan 30 April.

iPad 2 Didatangkan Dalam Dua Warna Berbeza
iPad 2 Didatangkan Dalam Dua Warna Berbeza

Machines membuka posisi tambahan ini pada semua rangkaian kedai mereka, sekaligus memperlihatkan seperti suatu pelancaran perkara baru. Walaubagaimanapun, pihak Machines tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan pengambilan pekerja tambahan ini.

Harga iPad 2 dijangka akan menyerupai iPad generasi pertama ketika pelancarannya dahulu, dimana ianya akan diantara RM1549 hingga RM2599, bermula daripada model paling rendah 16GB WiFi, kepada model WiFi + 3G 64GB.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui tarikh pelancaran iPad 2 di Malaysia, namun dijangka tidak jauh beza dengan Singapura. Sama-sama kita nantikan info lanjut berkaitan dengan perkara ini.


TIPS & ULASAN