Cari @ Amanz

iPhone 4 32GB Serendah RM538 Dengan Komitmen Bulanan RM248 Bersama Celcom

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti yang dinantikan, hari ini Celcom secara rasminya akan melancarkan pelan dan pakej khas untuk Apple iPhone 4 mereka, yang mana diperkatakan lebih ditujukan kepada pengguna perniagaan (enterprise). Bersama-sama dengan pakej Celcom, harga iPhone 32GB boleh didapati pada kadar serendah RM538 dan 16GB pada harga serendah RM248.

Buat masa ini, tempat-tempat yang akan menjual iPhone 4 di Malaysia melalui Celcom masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, namun sempena dengan pelancaran, untuk hari ini sahaja Celcom menawarkan pakej beli satu percuma satu.

Berkaitan dengan pakej, untuk komitmen bulanan RM98, para pengguna boleh mendapatkan iPhone 16GB pada harga RM1438 (12 bulan), RM1148 (24 bulan), iPhone 4 32GB pada harga RM1738 (12 bulan), RM1448 (24 bulan). Selain daripada itu, Celcom turut menawarkan pakej komitmen bulanan RM148 dan juga RM248, dimana masing-masing membawakan harga iPhone 4 pada kadar yang lebih murah lagi.

Maklumat lanjut dengan pakej akan dikemaskini sebaik sahaja kami mendapat maklumat penuh berkaitan dengannya.


Komen ()