Cari @ Amanz

Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, iPhone 4 daripada Celcom kini ditujukan khas untuk para pengguna perniagaan (enterprise) sahaja, dan pakej untuk para pengguna umum masih lagi belum diumumkan buat masa ini. Menurut Celcom, ianya akan diumumkan dan diperkenalkan kepada para pengguna umum dalam tempoh masa kurang sebulan lagi.

Pendaftaran Minat iPhone4
Celcom Telah Lama Membuka Pendaftaran Minat Untuk Para Penggunanya

Menurut Celcom, mereka merupakan yang terawal mendapat tawaran daripada pihak Apple untuk menawarkan iPhone di Malaysia. Namun begitu, perkara tersebut terpaksa ditolak mereka, oleh kerana mereka ingin menumpukan dalam pembangunan rangkaian mereka terlebih dahulu. Dan kini, secara rasminya mereka telah pun memperkenalkan iPhone 4.

Celcom juga turut sama dijangka akan memperkenalkan lebih banyak telefon pintar dalam masa terdekat ini, disamping masih lagi sedang menjalankan ujian rangkaian LTE buat masa ini, sebelum memperkenalkannya kepada umum.

Melalui Celcom, iPhone 4 ditawarkan pada kadar yang amat rendah, bermula daripada RM248 untuk 16GB dan juga RM538 untuk 32GB. Namun begitu, ianya masih tidak diketahui samaada harga pakej untuk pengguna akan berbeza atau membawakan harga yang sama sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd