Hari ini, ianya genap setahun sejak Facebook memperkenalkan butang Like kepada umum, yang mana kini telah menjadi salah satu perkara yang amat popular, dan boleh ditemui dihampir semua laman web di alam maya ini.
Melalui statistik semasa, ianya diperkatakan yang mana hampir 10,000 laman web baru diintegrasikan bersama-sama Facebook setiap hari, menjadikan jumlah laman web yang diintegrasikan bersama-sama Facebook berjumlah lebih 2.5 juta laman web. Selain daripada itu, ianya juga diperkatakan yang mana laman web yang mengintegrasikan butang Like mendapat kenaikan trafik hampir 300% padanya.
Di Malaysia sahaja, hampir setiap blog dan artikel mengguna-pakai fungsi Like ini, dan sudah tentunya ianya akan terus berkembang daripada semasa ke semasa. Google sendiri menerima tempiasnya, apabila baru-baru ini mereka memperkenalkan butang +1 pada halaman carian mereka. Sama-sama kita nantikan pelbagai perkara baru yang akan dibawakan oleh Facebook melalui butang Like ini.