Cari @ Amanz

Walaupun Apple masih lagi belum mengumumkannya secara rasmi, kini DiGi bergerak pantas dengan membolehkan para pengguna yang berminat untuk mendapatkan iPhone 4 Putih untuk mendaftarkan minat, dan akan diberitahu apabila stoknya tiba di Malaysia.

Ianya masih lagi tidak diketahui samaada perkara ini akan melanggar syarat-syarat daripada pihak Apple, memandangkan tiada iPhone 4 Putih yang diumumkan lagi buat masa ini. Namun begitu, berkemungkinan besar, DiGi telah mengesahkan akan membawa masuk iPhone 4 Putih ke Malaysia, sekaligus bersaing dengan lebih sihat antara Maxis serta Celcom.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd