Duster Mungkin Menjadi Tema TwentyEleven Untuk WordPress

Duster Mungkin Menjadi Tema TwentyEleven Untuk WordPress

Diterbitkan pada Apr 22, 2011 oleh .

Kini, ianya telah pun dicadangkan pada WordPress Trac, dimana tema Duster yang dibangunkan oleh Automattic sebelum ini ditambah-baik dan seterusnya menjadi tema utama untuk WordPress, dan mungkin akan dinamakan sebagai TwentyEleven, mengantikan tema TwentyTen yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Sebelum ini, melalui WordPress 3.0, Automattic telah memperkenalkan tema TwentyTen yang mana membawakan pelbagai fungsi baru dan menarik. Mulai daripada tema TwentyTen, para pembangun WordPress mensasarkan untuk memperkenalkan tema utama baru untuk setiap tahun, mengantikan legasi Kubrick yang digunakan sejak WordPress 1.5 hingga sebelum WordPress 3.0.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat cadangan, dan sekiranya ianya dipersetujui oleh semua pihak, berkemungkinan besar ianya akan menjadi tema TwentyTen kelak.


Tema Duster Oleh Automattic


TIPS & ULASAN