Dengan pelancaran iPhone 4, kini Celcom turut sama memperkenalkan sebuah halaman khas yang mana menumpukan khas untuk peranti telefon pintar sahaja, sekaligus memperlihatkan fokus Celcom yang kini mula menumpukan kepada pelbagai peranti-peranti pintar yang serba baru.
Seperti biasa, halaman tersebut dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu iPhone, BlackBerry, Android, dan juga Windows Phone. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana Celcom mungkin akan mula aktif membawa masuk pelbagai peranti baru, selain banner promo yang diperlihatkan pada halaman utamanya.
Selain daripada itu, Celcom juga turut sama diura-ura akan membawa masuk iPad, serta diurakan mendapat hak eksklusif untuk BlackBerry PlayBook. Namun perkara ini tidak dapat disahkan. Dan sekiranya benar, maka Celcom turut sama akan menawarkan tablet selain daripada hanya telefon pintar sahaja tidak lama lagi.