Tidak Telus – TeratoTech Menolak Geran SKMM

Tidak Telus – TeratoTech Menolak Geran SKMM

Diterbitkan pada Apr 22, 2011 oleh .

Kini semua dikejutkan apabila Terato Tech, salah satu syarikat IT tempatan yang terbaik dalam menghasilkan pelbagai aplikasi mudah-alih, menolak geran yang ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disebabkan oleh beberapa sebab.

Walaupun antara sebab utama untuk penolakkan perkara tersebut adalah disebabkan terpaksa menunggu tempoh masa yang lama, iaitu sehingga 14 bulan untuk mendapat pengesahan, ianya juga adalah bernilai dibawah lingkungan daripada apa yang diharapkan. Segalanya ditulis oleh pihak Terato Tech sendiri dalam surat terbuka melalui laman web mereka.

Dan mungkin juga salah satu sebab yang menyebabkan pihak Terato Tech menolaknya adalah disebabkan berkaitan rasuah. Melalui perenggan terakhir pada surat terbuka tersebut, Terato Tech meminta pihak SKMM supaya mendapatkan pihak yang mempunyai ilmu yang tinggi berkenaan industri, serta bebas daripada rasuah.

Ianya merupakan salah satu perkara yang amat mendukacitakan, apatah lagi berlaku pada industri ICT kita yang baru sahaja sedang berkembang-mekar. Apatah lagi, Terato Tech sendiri pernah memenangi pelbagai anugerah ICT tempatan. Mungkin pihak SKMM perlu mengambil suatu tindakan dengan pantas untuk mengatasi pelbagai perkara ini.


TIPS & ULASAN