Cari @ Amanz

Hari ini, ketika pelancaran iPhone 4, Celcom memperkatakan yang mana para pengguna telefon pintar tempatan di Malaysia hampir mencapai 20%, dan memperlihatkan yang mana lebih daripada 80% pengguna masih lagi menggunakan telefon biasa, serta pasaran telefon pintar masih lagi mempunyai potensi untuk pergi jauh.

Akhir-akhir ini, hampir setiap penyedia telekomunikasi tempatan menawarkan telefon pintar bersama-sama dengan pakej panggilan dan data daripada mereka. Antara telefon pintar yang popular di Malaysia, termasuklah yang menggunakan iOS, Android, BlackBerry dan Symbian, serta Windows Phone yang semakin meningkat naik popularitinya.

Nampaknya, kini dengan makin ramai aktif menggunakan pelbagai aplikasi web, seperti Twitter dan Facebook, serta emel, penggunaan telefon pintar mungkin meningkat dalam bulan-bulan akan datang nanti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd