Carian
Startup Weekend KL Kembali Semula Untuk Tahun Ini
April 23, 2011 Aman

Setelah mengadakan Startup Weekend Malaysia yang pertama tahun lepas, kini ianya kembali semula pada tahun ini, dimana aktiviti berterusan selama lebih 54 jam ini akan diadakan pada 6 hingga 8 Mei 2011, bertempat di UniRazak, Capital Square, Kuala Lumpur.

Pada tahun lepas, pelbagai projek diperlihatkan dan dilancarkan oleh para pesertanya melalui aktiviti selama 3 hari tersebut. Melaluinya, mereka akan dimentor oleh mereka-mereka yang berjaya, dalam membangunkan projek dan idea mereka, dan pada hari yang terakhir, mereka akan memperlihatkan idea dan projek mereka kepada semua pengunjung, termasuk mentor, dan pelabur.

Bagi yang terlepas projek-projek tahun lepas, antaranya termasuklah FindMiddle dan juga Jom2School. Selain daripada idea berkaitan web, idea-idea lain berkaitan percutian dan sebagainya turut diperlihatkan pada tahun lepas. Bagi yang tidak ingin terlepas untuk menyertai program ini, boleh mendaftarkan diri dengan menghantarkan emel kepada [email protected], dan bagi para peserta yang mendaftar sebelum 30 April, akan mendapat harga diskaun berbanding harga biasa.

Komen