Cari @ Amanz

Selain daripada Oh! Media yang memperkenalkan radio atas talian mereka baru-baru ini, kini salah satu laman web terkemuka di Malaysia, I Luv Islam turut sama memperkenalkan radio atas talian mereka yang tersendiri, yang mana kini dalam proses ujian beta.

Untuk ujian beta ini, radio atas talian daripada iLuvIslam menyokong sehingga lebih 1000 orang pendengar, dan ketika kami mendengarkannya, hampir 200 pendengar mendengarkannya secara atas talian. Radio atas talian ini juga menyokong hampir semua pelayar web, termasuk mana pihak iLuvIslam turut sama meminta para pengguna mengujinya pada pelbagai peranti, termasuk tablet, dan sebagainya.

Radio atas talian daripada iLuvIslam ini bakal dilancarkan secara rasminya pada 26 April ini kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd