Cari @ Amanz

Adakah iPhone 5 Akan Menyerupai iPod Touch?

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah pelbagai ura-ura kedengaran berkaitan dengan iPhone generasi akan datang, kini timbul ura-ura baru daripada bekas editor Engadget, Joshua Topolsky. Melalui ura-ura baru, ianya diperlihatkan yang mana iPhone 5 kelak akan membawakan rekabentuk sedikit menyerupai iPod Touch, dengan bucu-bucu yang lebih bulat.

Sebelum ini, ianya telah diperkatakan yang mana iPhone 5 mungkin akan dilancarkan sekitar bulan September kelak, yang mana akan membawakan kamera sehingga 8-megapixel, dan juga cip pemprosesan baru yang lebih pantas lagi. Melalui ura-ura baru ini, ianya memperlihatkan yang mana rekabentuk iPhone kelak akan membawakan bucu yang sedikit bulat, dan ianya turut sama diperkatakan yang mana bahagian belakangnya mungkin bukan metal.

Ianya turut sama diperkatakan yang mana akan membawakan skrin seluas 3.7-inch dengan resolusi 960×640 pixel. Berkemungkinan, ianya juga diperkatakan akan membawakan fungsi NFC seperti mana diperkenalkan pada Nexus S sebelum ini.

Namun begitu, semua ini adalah sekadar ura-ura sahaja, tanpa sebarang pengesahan rasmi buat masa ini.


Komen ()