Lagi Video Skrin Log Masuk Ke Windows 8 Kelihatan

Lagi Video Skrin Log Masuk Ke Windows 8 Kelihatan

Diterbitkan pada Apr 23, 2011 oleh .

Setelah video log masuk ke Windows 8 kelihatan sebelum ini, kini muncul lagi satu video baru, yang memperlihatkan log masuk pada Windows 8 dengan lebih menarik lagi. Salah satu fungsi baru yang diperlihatkan adalah cara memasukkan kata laluan yang mengikut kombinasi, dan bukannya taip seperti dahulu lagi.

Ianya juga turut memperlihatkan antaramuka skrin log masuk ke Windows 8 yang menggunakan rekabentuk Metro. Selain daripada itu, ianya juga turut sama memperlihatkan Windows 8 adalah mesra skrin sentuh.

Windows 8 kini diperkatakan telah mencapai fasa Milestone 3, dan dijangka mencapai fasa Beta pada penghujung tahun ini. Windows 8 sebelum ini diperkatakan akan diperkenalkan sekitar tahun 2012, dengan pelancaran rasmi pada Januari 2013 kelak.


TIPS & ULASAN