Setelah mengeluarkan fungsi sembang pada GengBlogger sebelum ini, kini pembangunnya memperkenalkan kembali fungsi tersebut, dan kini semua pengguna GengBlogger boleh menggunakannya, serta pada masa yang sama mengenali rakan-rakan penulis blog yang lain dengan lebih dekat lagi.
Sebelum ini, pihak GengBlogger memperkatakan yang mana mereka terpaksa membuang fungsi sembang tersebut kerana mengalami sedikit masalah dengan pelayan mereka. Mungkin kini ianya telah selesai dan stabil, maka diperkenalkan semula fungsi yang diminta oleh ramai pengguna GengBlogger.
GengBlogger juga baru-baru ini telah mencapai lebih daripada 20,000 orang pengguna, sekaligus menjadi salah satu platform untuk para penulis blog berkongsi sesuatu dan bertukar-tukar pendapat bersama yang lain dengan mudah.