Cari @ Amanz

Setelah sebulan Firefox 4.0 dilancarkan, kini ianya telah mencapai lebih 100 juta muat-turun, salah satu pencapaian yang baik, berbanding Internet Explorer 9 yang dilancarkan sebelum Firefox 4, hanya dapat mencapai lebih separuh daripada muat-turun tersebut, dan masih jauh berbanding Firefox 4.0.

Firefox yang sebelum ini sering diperkatakan seperti lambat dan sebagainya telah membawa perubahan yang drastik melalui Firefox 4, dimana ianya kini lebih pantas, serta membawakan antaramuka dan rekabentuk yang serba baru.

Selain daripada itu, kini pihak Mozilla juga telah menstruktur semula jadual pembangunan mereka, dimana kini mereka membangunkan pelayar web dengan lebih pantas, dan mengikut jadual yang diperlihatkan, beta pertama untuk Firefox 5 mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi, selain Firefox 6 dan Firefox 7 juga bakal menyusul pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd