Windows 7 Telah Terjual Lebih 350 Juta Salinan

Windows 7 Telah Terjual Lebih 350 Juta Salinan

Diterbitkan pada Apr 23, 2011 oleh .

Setelah 18 bulan sejak Windows 7 dilancarkan, kini ianya telah mencapai salah satu pencapaian yang serba baru, dimana lebih daripada 350 juta lesen Windows 7 telah dijual sehingga kini, memperlihatkan banyak perniagaan yang beralih kepada sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini.

Windows 7
Windows 7 Ketika Dilancarkan Di Malaysia Pada November 2009

Walaubagaimanapun, selain daripada Windows 7, para pengguna juga ada yang masih kekal menggunakan Windows XP dan Vista sehingga kini, memperlihatkan potensi jualan Windows 7 masih tinggi lagi. Baru-baru ini juga Microsoft telah melancarkan Internet Explorer 9, menghentikan sokongan untuk Windows XP, serta memperkenalkan Internet Explorer 10 yang tidak lagi akan menyokong Vista, meminta pengguna beralih kepada versi sistem operasi yang baru.

Pada masa yang sama, Microsoft juga sedang giat membangunkan sistem operasi generasi baru mereka, yang mana dikenali sebagai Windows 8 buat masa ini, dan dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Januari 2013 kelak.


TIPS & ULASAN