Cari @ Amanz

Selain daripada jumlah muat-turun Firefox 4 seluruh dunia yang mencapai lebih 100 juta muat-turun, di Malaysia, ianya telah dimuat-turun lebih 1 juta kali, sekaligus menempatkan Malaysia sebagai negara Asia yang ketujuh dengan muat-turun yang paling banyak sehingga kini.

Negeri dengan angka muat-turun paling tinggi adalah daripada Kuala Lumpur dengan hampir 514 ribu muat-turun, diikuti dengan Selangor dan Johor dengan lebih 75,000 muat-turun. Sarawak dan Sabah juga turut sama mempunya angka muat-turun yaang tinggi. Negeri yang paling sedikit angka muat-turunnya adalah daripada Kelantan dengan 1,716 muat-turun dan diikuti Perlis dengan 3,420 muat-turun.

Walaubagaimanapun, angka ini mungkin tidak begitu tepat, namun masih boleh dibuat sebagai rujukan. Firefox 4.0 secara rasminya telah dimuat-turun lebih daripada 100.1 juta kali sehingga artikel ini ditulis.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd