Google Menawarkan Fungsi Untuk Memindah Google Video Ke YouTube

Google Menawarkan Fungsi Untuk Memindah Google Video Ke YouTube

Diterbitkan pada Apr 23, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, Google telah pun mengumumkan akan memadam kandungan video pada Google Video tidak lama lagi dan meminta para pengguna untuk memuat-turun dan membuat salinan video mereka sebelum ini. Namun begitu, mungkin kerana permintaan penggunanya, kini Google mengumumkan yang mana mereka tidak akan memadamnya buat masa ini.

Pada masa yang sama, Google sedang dalam usaha untuk memindahkan semua video pada Google Video ke YouTube. Bagi para pengguna Google Video, kini selain daripada fungsi untuk memuat-turun video, kini Google turut sama memperlihatkan fungsi untuk memindahkannya pada YouTube.

Selain daripada itu, Google turut sama memperkatakan yang mana Google Video masih akan memfokuskan dalam membawakan enjin carian video yang terbaik, disamping YouTube akan menjadi hos video utama milik Google.


TIPS & ULASAN