Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, kemaskini utama untuk Windows Phone selepas ini akan dikenali dengan nama kod “Mango”, namun masih menjadi tanda tanya berkenaan angka kod yang akan digunakan. Kini, melalui kemaskini pada halaman web Microsoft, ianya memperlihatkan “Mango” kelak akan menjadi Windows Phone 7.5.


Halaman Windows Phone [via]

Mango atau Windows Phone 7.5 kelak akan membawakan sokongan hardware untuk digunakan dalam pembangunan aplikasi, selain untuk para pengguna, membawakan pengalaman pelayaran web yang lebih bagus, sokongan multitasking yang ditambah-baik, aplikasi IE9, Skype dan banyak lagi.

Windows Phone 7.5 “Mango” dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, namun begitu, penggunaan angka 7.5 pada namanya berkemungkinan besar akan menjadikan para pengguna sedikit keliru dengan platform mereka yang baru diperkenalkan tahun lepas itu. Mungkin mereka perlu hanya menggunakan Windows Phone, sama seperti platform lain, termasuk Symbian, Android, dan iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd