Cari @ Amanz

Setelah diperkatakan oleh Tun Mahathir sebelum ini yang mana Malaysia tidak akan menyekat internet, kini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menekankan perkara tersebut, dimana beliau berkata lagi sekali kerajaan pimpinan beliau sama sekali tidak akan menyekat internet di Malaysia.


Ketika Pesidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN Pertama [via]

Selain daripada itu, Najib berkata yang mana kerajan tidak takut akan para penulis blog, tetapi ingin menjadi rakan kepada para penulis blog. Najib berkata demikian pada hari ini, ketika berucap di Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama.

Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama ini mengumpulkan kebanyakkan daripada penulis blog yang lebih menjurus kepada topik sosial dan politik di arena tempatan, dan juga beberapa penulis daripada negara-negara ASEAN yang lain. Ianya dianjurkan bersama-sama oleh salah satu persatuan penulis blog berdaftar tempatan, Blog House Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd