Cari @ Amanz

Selain daripada mengumumkan berkenaan dengan sekatan internet, Najib Razak juga turut memperkatakan yang mana kini para pengguna Facebook tempatan mencecah lebih daripada 10.1 juta orang, sekaligus memperlihatkan perkembangan aktif laman sosial terkemuka tersebut, dan masih mengekalkan diri sebagai antara laman paling popular di Malaysia.

Sebelum ini, sekitar awal bulan April tempoh hari, graf para pengguna tempatan memperlihatkan sedikit kejatuhan, menjadikannya dibawah angka 10 juta. Namun begitu, ianya kembali naik seperti biasa kembali akhir-akhir ini, dan secara kasarnya, para pengguna Facebook tempatan berjumlah lebih kurang 10 132 900 orang.

Melalui data daripada SocialBakers, ianya memperlihatkan pengguna Facebook tempatan yang paling aktif adalah berusia antara 18 hingga 24 tahun berjumlah lebih kurang 34%, dan diikuti dengan kumpulan pengguna antara 25 hingga 34 tahun. Sekiranya dilihat daripada jantina, pengguna lelaki berjumlah lebih kurang 53%, memperlihatkan yang mana mereka lebih aktif dalam melayari Facebook dan menggunakannya, berbanding wanita yang berjumlah 47% sahaja.

Dengan pelbagai laman web tempatan yang mengintegrasikan fungsi-fungsi pendaftaran menggunakan Facebook Connect dan sebagainya, mungkin angka pengguna Facebook tempatan akan terus berkembang dengan sihat. Sama-sama kita nantikan jumlah penggunanya menjelang penghujung tahun ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd