Carian
Aplikasi Webcam Pada Windows 8 Diperlihatkan
April 24, 2011 Aman

Jikalau dulu hanya gambar-gambar sahaja kelihatan, kini satu-demi-satu video berkaitan Windows 8 mula kelihatan di YouTube. Selepas memperlihatkan skrin log masuk yang mesra skrin sentuh sebelum ini, kini video terbaru muncul, memperlihatkan antaramuka webcam yang serba baru pada Windows 8.

Aplikasi baru untuk tetapan webcam, selain menawarkan beberapa fungsi menarik melalui penggunaan webcam itu turut memaparkan antaramuka Metro yang diperlihatkan beberapa kali sebelum ini, selain turut sama digunakan pada Windows Phone dan Zune.

Menariknya melalui halaman tetapan untuk webcam tersebut, ianya membolehkan para pengguna menetapkan pelbagai perkara, termasuk sumber audio, tahap merakam audio, resolusi video, selain turut sama membolehkan para pengguna untuk menetapkan beberapa perkara lain termasuk, kadar kecerahan (brightness), fokus, zoom dan banyak lagi.

Dengan hampir kebanyakkan peranti kini membawakan kamera hadapan, dan webcam, semestinya ianya suatu fungsi yang perlu diberi perhatian, dan ianya kelihatan menarik untuk melihat turut memberikan perhatian serius untuknya melalui sistem operasi generasi akan datang itu.

Windows 8 dijangka akan menemui para pengguna sekitar bulan Januari 2013, namun ianya turut diperkatakan yang mana versi beta pertama akan dilepaskan seawal penghujung tahun ini, membolehkan para pengguna mengujinya terlebih dahulu dan memberikan maklumbalas kepada pihak Microsoft.

Komen