Fungsi Sekuriti Pada Facebook Terus Ditambah-Baik

Fungsi Sekuriti Pada Facebook Terus Ditambah-Baik

Diterbitkan pada Apr 24, 2011 oleh .

Dengan banyak pengguna mula tertipu dengan beberapa aplikasi dan laman-laman seumpama Facebook yang mencuri kata laluan pengguna, kini pihak Facebook seperti memperkenalkan beberapa langkah sekuriti terbaru, termasuk kebolehan untuk menambah peranti dan desktop yang digunakan, untuk mengelakkan akaun kita disalah guna.

Sebaik sahaja dilihat pengguna log masuk menggunakan peranti baru dan berbeza dengan biasa, kini Facebook memaparkan sebuah mesej baru, meminta para pengguna untuk menambahnya pada koleksi peranti yang dipercayai. Seterusnya, apabila pengguna menambah peranti tersebut, sebuah emel khas akan dihantar kepada akaun para pengguna tersebut.

Melalui emel tersebut, sekiranya anda yang memberi kebenaran tersebut, maka anda boleh abaikannya, namun sekiranya pihak lain, anda boleh klik pada suatu pautan yang disertakan untuk mendapatkan dan menyelamatkan kembali akaun anda daripada diceroboh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ianya tidak pasti sejak bilakah fungsi ini telah diperkenalkan, dan adakah semua pengguna sudah dapat melihatnya ataupun belum.


TIPS & ULASAN