Nampaknya sedikit demi sedikit info kini menyumbang kepada pengesahan yang mana Apple iPad 2 kelak akan dilancarkan pada 29 April ini. Jikalau sebelum ini kami memperlihatkan Machines yang sedang mencari pekerja tambahan, kini beberapa pengguna di Lowyat.net memperkatakan yang mana mereka telah pun pra-tempah iPad 2 di beberapa pengedar rasmi Apple di Malaysia.
Buat masa ini, harga rasmi iPad 2 masih lagi belum diumumkan secara rasminya, namun ianya dijangka akan dimulakan bermula daripada harga serendah RM1599 untuk versi 16GB WiFi. Secara umumnya, harga iPad 2 dijangka akan menyerupai harga iPad generasi pertama sebelum ini.
Dengan sedikit demi sedikit info baru mengenai iPad 2 kelihatan, nampaknya kita boleh dapat melihat sesuatu yang menarik pada 29 April ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.