iPhone 4 Putih Bakal Dilancarkan Pada Minggu Ini

iPhone 4 Putih Bakal Dilancarkan Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Apr 25, 2011 oleh .

Dengan pelbagai ura-ura dan laporan, kini ianya diperkatakan yang mana Apple iPhone 4 versi berwarna putih akan dilancarkan secara rasminya pada minggu ini, berkemungkinan besar pada 27 April ini kelak. Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan tiba di Malaysia, namun begitu, DiGi sudah pun mulakan pendaftaran minat untuknya.

Pada masa yang sama, Celcom turut sama diura-ura akan memperkenalkan iPhone 4 berwarna putih di pasaran Malaysia, namun tidak mengesahkannya secara rasmi lagi. Ada yang turut sama memperkatakan yang mana Celcom akan melancarkannya terlebih dahulu sebelum DiGi. Namun begitu, semuanya masih pada keadaan ura-ura, dan masih tidak mendengar sebarang berita berkaitan Maxis buat masa ini.

Selain daripada iPhone 4 Putih, Apple juga diperkatakan yang mana mereka bakal memperkenalkan iPhone 5 sekitar bulan September kelak. Dengan perbezaan masa yang amat singkat itu, ianya tidak diketahui adakah iPhone 4 Putih ini akan mendapat permintaan ramai ataupun tidak.


TIPS & ULASAN