Setelah sekian lama menggunakan warna latar biru untuk skrin apabila sistem menghadapi masalah pada Windows, kini nampaknya, Microsoft akan menggunakan warna hitam pula pada Windows 8. Namun begitu, mungkin ianya hanya untuk versi pembangunan sahaja, dan tidak lagi diketahui bagaimanakah pada versi akhir kelak.
Sebelum ini, ianya turut diperkatakan yang mana Microsoft sebelum ini pernah menggunakan warna merah sebagai latar pada versi pembangunan Vista, namun beralih pada warna biru untuk versi akhirnya. Menariknya adalah, melalui skrin masalah pada Windows 8 turut sama membawakan antaramuka yang menarik, menyerupai sedikit antaramuka Metro yang dijangka diperkenalkan pada Windows 8 kelak.