Pengguna TM Menghadapi Masalah Mengakses Rangkaian US?

Pengguna TM Menghadapi Masalah Mengakses Rangkaian US?

Diterbitkan pada Apr 25, 2011 oleh .

Sejak beberapa jam sebelum ini, ramai pengguna Twitter yang melaporkan dimana para pengguna Streamyx menghadapi masalah untuk mengakses laman-laman yang dihoskan diluar negara, terutamanya Amerika Syarikat dan sebagainya. Walaubagaimanapun, TM sendiri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga artikel ini ditulis.

Sebelum ini, TM telah mengeluarkan kenyataan yang mana mereka akan memulakan penaik-tarafan kepada rangkaian generasi akan-datang (NGN) pada 24, 26 dan 28 April. Namun, masa yang dijangka adalah sekitar 10 pagi hingga 12 tengahhari, dan diikuti dari 6 petang hingga 8 malam, serta kawasan yang terjejas hanyalah Sungai Buloh.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui mengapakah perkara ini berlaku, dan ianya diperkatakan yang mana para pengguna Maxis, P1 dan juga Yes tidak terjejas dengan gangguan ini.


TIPS & ULASAN