Motorola Xoom Bakal Dilancarkan Minggu Ini – Berharga RM2599

Motorola Xoom Bakal Dilancarkan Minggu Ini – Berharga RM2599

Diterbitkan pada Apr 25, 2011 oleh .

Kini, ianya seperti disahkan yang mana Motorola Xoom bakal dilancarkan pada minggu ini, yang mana bakal berharga RM2599. Namun begitu, harga pakejnya bersama-sama Maxis masih lagi tidak diketahui buat masa ini, dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi, atau mungkin pada hari pelancarannya kelak.

Seperti sedia maklum, Motorola Xoom merupakan tablet pertama yang menggunakan Android 3.0 Honeycomb, serta membawakan cip pemprosesan 1GHz dual-core Tegra 2. Selain daripada itu, Motorola Xoom turut sama membawakan storan terbina sebanyak 32GB dengan RAM 1GB. Kamera 5 megapixel dengan autofokus, serta kamera hadapan 2megapixel turut disertakan bersamanya, menyokong rakaman video pada 720p.

Maxis sendiri telah mulakan pendaftaran minat sebelum ini, membolehkan para pengguna yang berminat mendapatkan Motorola Xoom ini mendaftarkan minat dan seterusnya akan dihubungi sebaik sahaja ianya dilancarkan kelak.


TIPS & ULASAN