Skrin Paparan Pemasangan Windows 8 Kelihatan

Skrin Paparan Pemasangan Windows 8 Kelihatan

Diterbitkan pada Apr 25, 2011 oleh .

Dengan Windows 8 yang kini sedang dalam peringkat Milestone 3, dan menghampiri fasa beta, pelbagai fungsi-fungsi baru dan paparan skrin baru kelihatan, dan terkini merupakan gambar-gambar paparan skrin pemasangan Windows 8 yang serba baru mula kelihatan di internet.

Seperti yang dapat dilihat, rekabentuknya membawakan antaramuka baru, yang mana mesra skrin sentuh, selain membawakan proses pemasangan yang amat mudah sekali. Namun begitu, ianya masih lagi diperingkat awal, dan terdapat beberapa kesalahan susun atur ayat dan sebagainya lagi buat masa ini. Mungkin versi akhirnya kelak akan kelihatan lebih menarik lagi.

Windows 8 Beta dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, dengan versi akhir kelak pada tahun 2012, dan pelancaran rasmi pada Januari 2013 kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN