Cari @ Amanz

Dengan satu demi satu perkhidmatan dibawah Yahoo! yang ditutup akhir-akhir ini, kini Yahoo! mengubahnya, dengan menambah portfolio baru mereka, dimana hari ini mereka telah pun mengambil alih IntoNow, iaitu salah satu teknologi aplikasi yang membolehkan para pengguna untuk mencari, membincangkan dan mengikuti rancangan televisyen mereka dengan mudah.

Menurut pihak Yahoo!, IntoNow yang dibeli oleh mereka itu telah pun meng-index pelbagai rancangan televisyen US untuk akhir lima tahun ini, sekaligus menjadikannya salah satu pangkalan data yang menarik untuk membina pengalaman pencarian program-program video.

Ini juga sekaligus bakal membolehkan Yahoo! menyediakan pengalaman yang menarik untuk para penggunanya, selain boleh mengintegrasikannya pada pelbagai platform dibawah Yahoo!. Menariknya mengenai IntoNow adalah ianya baru sahaja dilancarkan lebih 12 minggu yang lepas, dan harga pembeliannya tidak diumumkan. Ianya diperkatakan yang mana, mereka bakal memperkenalkan aplikasi mereka untuk para pengguna Android, iPad dan banyak lagi tidak lama lagi. Buat masa ini, IntoNow hanya ditawarkan untuk para pengguna iPhone sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd