Cari @ Amanz

Windows 8 App Store Yang Diperlihatkan Sebelum Ini Bukan Yang Asli

Oleh Aman

Link Copied!

Ingatkah lagi dengan Windows 8 AppStore yang pernah diperlihatkan sebelum ini. Kini, ianya disahkan yang mana ianya bukanlah perkara yang sahih, dan merupakan salah satu aplikasi tambahan yang dinamakan AppMarts. Walaubagaimanapun, ianya diperkatakan yang mana Microsoft masih sedang membangunkan kedai aplikasi mereka tersendiri dengan nama Windows Store.

Ianya diperkatakan yang mana kedai aplikasi sebenar dengan nama Windows Store itu hanya dikunci untuk penggunaan dalaman oleh pelayan Microsoft sahaja, dan tidak akan boleh diakses dalam mana-mana Windows Build buat masa ini. Ianya juga tidak diketahui bilakah Windows Store itu akan dilancarkan kepada umum.

Buat masa ini, versi terkini yang tersebar adalah Windows 8 Build 7955, yang mana membawakan beberapa fungsi baru lagi, dan mungkin banyak lagi perkara baru akan diketahui tidak lama lagi.


Komen ()