Dalam usaha untuk mengurangkan harga jalur-lebar di Malaysia, kini lebih 23 pihak, termasuk Celcom Axiata, DiGi, JARING Communications, Maxis, Telekom Malaysia dan YTL Communications bekerjasama, dan menubuhkan Konsortium Rangkaian Serantau Sdn Bhd, yang mana dilancarkan hari ini.
Melalui kerjasama tersebut, konsortium tersebut akan cuba mengurangkan kos untuk IP Transit dan juga penggunaan jalur-lebar domestik, dengan beberapa kaedah. Ianya turut diperkatakan yang mana konsortium tersebut akan mendapatkan kapasiti jalur-lebar daripada para pengedar, dan mengedarkannya kepada para pemegang saham. Dengan kaedah ini, ianya dijangka akan mengurangkan lagi harga jalur-lebar yang ditawarkan pada masa sekarang ini.