Windows 8 Bakal Membawakan Fungsi History Vault

Windows 8 Bakal Membawakan Fungsi History Vault

Diterbitkan pada Apr 26, 2011 oleh .

Salah satu fungsi baru pada Windows 8 kelak adalah History Vault, dimana melaluinya, ianya membolehkan anda membuat salinan fail dan data anda secara automatik. Menariknya mengenai History Vault adalah dimana anda boleh mengembalikan fail dan data yang diinginkan anda dengan mudah mengikut masa yang spesifik.


History Vault pada Windows 8 [via]

Para pengguna juga turut sama boleh memilih fail-fail yang ingin dikembalikan semula selain daripada memulihkannya mengikut latar masa. Bagi para pengguna Mac OS X, mereka mungkin sudah biasa dengan fungsi seumpamanya yang dipanggil sebagai TimeMachine.

Dengan Windows 8 Build 7955 yang tersebar baru-baru ini, pelbagai fungsi baru yang bakal diperkenalkan pada Windows 8 mula kelihatan satu demi satu, sekaligus memperlihatkan yang mana Windows 8 bakal membawakan pelbagai perubahan dan perkara baru pada sistem operasinya kelak. Sama-sama nantikan pelbagai perkembangan Windows 8 dari semasa ke semasa.


TIPS & ULASAN