Selepas lebih setahun memperkenalkan butang “Like”, kini Facebook memperkenalkan butang baru ke arena web, iaitu butang “Send” membolehkan para pembaca, dan pengguna web menghantarkan artikel dan pelbagai perkara yang menarik kepada rakan mereka yang lain dengan mudah, terus daripada laman web pihak ketiga.
Melalui butang “Send” juga, para pengguna boleh kongsikannya dengan Facebook Groups, rakan-rakan Facebook, malah lebih menarik lagi, ianya turut diintegrasikan dengan Facebook Messages, membolehkan anda menghantarkannya kepada sebarang alamat emel dengan mudah.
Secara ringkasnya, ianya boleh dikatakan yang mana melalui Facebook Like, para pengguna boleh kongsikan pelbagai perkara menarik dari seantero web pada profail Facebook mereka dengan mudah, manakala dengan Facebook Send ini, mereka boleh kongsikannya dengan Facebook Group, rakan-rakan terpilih, malah pada rakan diluar Facebook mereka dengan mudah.
Jadi, selepas ini, mungkin kita akan mula melihat pelbagai laman web direkabentuk semula dan mengintegrasikan fungsi terbaru daripada Facebook ini.