Setelah melancarkan versi beta pada minggu lepas, hari ini secara rasminya, pihak iLuvIslam bersama-sama dengan Karangkraf telah pun melancarkan radio atas talian mereka kepada umum, sekaligus menambah lagi media baru dibawah rangkaian iLuvIslam.com
Selain daripada itu, pihak iLuvIslam juga turut sama memperkatakan yang mana mereka bakal membawa jenama mereka ke arena antarabangsa tidak lama lagi, dengan melancarkan radio Islam antarabangsa – iLuvIslam dalam tempoh setahun lagi. Menurut mereka, radio atas talian iLuvIslam telah pun menerima pelbagai maklumbalas yang amat membantu sejak daripada pelancarannya versi betanya.
Sebelum ini, iLuvIslam yang hanya merupakan rangkaian media atas talian telah melancarkan akhbar mingguan mereka dengan kerjasama bersama-sama dengan pihak Karangkraf, serta menambah lagi tawaran perkhidmatan mereka dengan menyediakan perkhidmatan web hosting, dan terkini merupakan radio atas talian.
Kini, iLuvIslam merupakan laman web islamik nombor satu di Malaysia, serta dengan pelancaran radio atas talian ini, ianya menjadikan iLuvIslam terus mengekalkan takhta nombor satu sebagai radio atas talian islamik di Malaysia.