Dengan Google I/O semakin menghampiri tarikhnya, semestinya ramai yang menantikan pelbagai perkara baru yang bakal diperkenalkan oleh Google, dan menariknya, kini diperkatakan yang mana Google akan memperkenalkan fungsi sembang video kepada para pengguna telefon pintar Android pada acara tersebut kelak.
Sebelum ini, ketika memperlihatkan Android Honeycomb, Google ada menunjukkan fungsi panggilan video, namun ianya hanyalah untuk pengguna tablet, yang mana ianya mengintegrasikan penggunaan Google Mail. Dengan adanya fungsi ini kelak, mungkin ianya memberikan saingan hebat kepada Skype nanti. Namun begitu, ianya masih lagi tidak diketahui samaada ianya benar, ataupun tidak buat masa ini.
Google I/O kelak akan dimulakan pada 9 Mei, yang mana menantikan Google untuk memperlihatkan pelbagai perkara baru, termasuk sistem operasi berasaskan perkomputeran awan mereka, Chrome OS.
Just had a video call using gmail on Nexus S. Impressive quality @googlenexus Gingerbread 2.3.4 #io2011