Windows 8 Membawakan Papan Kekunci Pada Skrin Yang Baru

Windows 8 Membawakan Papan Kekunci Pada Skrin Yang Baru

Diterbitkan pada Apr 26, 2011 oleh .

Dengan tersebarnya Windows 8 Build 7955 pada minggu ini, beberapa fungsi baru lagi diperlihatkan, termasuk History Vault, dan juga terkini sebuah video memperlihatkan Windows 8 yang mesra skrin sentuh, serta membawakan beberapa efek baru untuk kawalan tetikus dan papan kekunci pada skrin yang diberikan nafas baru.

Melaluinya, ianya sekaligus memperlihatkan yang mana Microsoft akan menjadikan Windows 8 ini mesra tablet, dan mungkin juga kita akan lihat beberapa tablet dilancarkan bersama-sama ketika pelancarannya kelak.

Pada masa ini, Microsoft telah pun mulakan pembangunan Windows 8 M3, namun masih tiada versi pembangunan M3 yang tersebar buat masa ini. Windows 8 Build 7955 ini merupakan daripada Milestone 2 yang telah sekian lama dihabiskan pembangunannya.


TIPS & ULASAN