Cari @ Amanz

Selain daripada perkhidmatan emel 1Malaysia yang bakal dilancarkan oleh Tricubes bersama-sama dengan Microsoft sekitar bulan Julai kelak, ianya juga kini diperkatakan yang mana mereka bakal menyediakan perkhidmatan nilai tambah dengan menggunakan peranti USB biometrik.

Ianya diperkatakan yang mana dengan adanya peranti USB biometrik tersebut, ianya akan membolehkan para pengguna MyEmail.my kelak mendapatkan perkhidmatan emel yang lebih selamat dan menggunakan penyulitan sepenuhnya. Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana para pengguna perlu ke JPN untuk mengaktifkan akaun mereka terlebih dahulu sebelum dapat gunakannya.

Walaubagaimanapun, ianya turut diperkatakan yang mana pengguna biasa masih boleh menikmati perkhidmatan mereka tanpa perlu membeli sebarang peranti tambahan, yang mana didatangkan dengan perlindungan SSL seperti biasa.

Tricubes dijangka akan melancarkan perkhidmatan emel mereka kepada umum pada bulan Julai kelak, dan menjangkakan untuk mendaftarkan lebih 5.4 juta pengguna menjelang penghujung tahun ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd