Dengan ramai yang berkata mengenai projek emel 1Malaysia oleh Tricubes, kini peluang tersebut diambil oleh sekumpulan pembangun, dimana sebagai projek sekadar suka-suka, mereka melancarkan halaman parodi untuk MyEmail.my, iaitu MyOh.my. Melaluinya, para pengguna boleh mendapatkan emel percuma dengan mudah, dan tanpa sebarang penggunaan USB biometrik dan sebagainya.
MyOh.my menggunakan Google Aps sebagai platform emelnya, dan membawakan perkhidmatan emel yang selamat dan boleh dipercayai. Perkhidmatan MyOh.my disediakan secara percuma, dan tidak menggunakan sebarang dana yang besar seperti perkhidmatan pesaingnya itu.
Bagi para pengguna yang berminat, mereka boleh mendaftarkan emel MyOh.my secara percuma melalui halaman tersebut, dan dapatkan nama pengguna kegemaran mereka melaluinya, serta menikmati pelbagai perkhidmatan tambahan yang didatangkan, termasuk akses kepada Kalendar, kebolehan untuk membaca dan meng-edit dokumen secara atas talian, dan banyak lagi perkara yang turut sama dibawakan oleh Google Apps.