Skrin Pemasangan Windows 8 Diperlihatkan Dalam Bentuk Video

Skrin Pemasangan Windows 8 Diperlihatkan Dalam Bentuk Video

Diterbitkan pada Apr 27, 2011 oleh .

Setelah gambar-gambar skrin pemasangan Windows 8 diperlihatkan sebelum ini, kini sekali lagi ianya diperlihatkan dalam bentuk yang lebih interaktif, dan lebih teliti lagi, iaitu dalam bentuk video. Ianya menggunakan Windows 8 Build 7955 yang tersebar diinternet pada awal minggu ini, sekaligus membolehkan ramai pihak mencubanya terlebih dahulu.

Sama seperti pada gambar, ianya memperlihatkan antaramuka Metro yang serba baru. Antaramuka Metro ini adalah berdasarkan kepada Windows Phone dan juga Zune, sekaligus membolehkan Microsoft menjadikan sistem operasi mereka selari dengan pelbagai platform yang dikeluarkan oleh mereka. Ianya juga turut sama memperlihatkan yang mana Windows 8 kelak akan menjadi lebih mesra dengan skrin sentuh.

Buat masa ini, Microsoft telah pun memasuki fasa pembangunan Windows 8 M3, sedangkan video yang diperlihatkan masih lagi menggunakan Milestone 2. Semestinya Milestone 3 membawakan pelbagai perkara baru lagi, sebelum versi beta dilepaskan pada penghujung tahun ini nanti.

Kemaskini : Nampaknya video tersebut terpaksa dibuang disebabkan oleh permintaan daripada pihak Microsoft.


TIPS & ULASAN