Cari @ Amanz

Nampaknya kini pelbagai teka-teki terjawab apabila The Star kini melaporkan yang mana iPad 2 akan mula dijual mulai hari Jumaat ini di pasaran Malaysia. Namun salah satu perkara menariknya adalah dimana harga iPad 2 dijangka akan menjadi lebih murah berbanding versi sebelumnya.

iPad 2

Buat masa ini, harga penuh untuk setiap versi masih lagi belum diumumkan, namun begitu, The Star memperkatakan yang mana iPad 2 kelak akan dijual pada harga bermula daripada RM1499 untuk versi 16GB WiFi. Ianya akan ditawarkan oleh beberapa pengedar rasmi Apple tempatan bermula daripada hari Jumaat ini kelak.

Seperti sedia maklum, iPad 2 membawakan pelbagai perkara baru padanya, termasuk lebih 33% nipis berbanding versi sebelumnya, dan 15% lebih ringan daripada sebelumnya. Ianya juga turut sama membawakan kamera hadapan dan belakang, untuk memudahkan para penggunna merakamkan gambar, serta membuat panggilan FaceTime bersama rakan-rakan mereka yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd